Assalamualaikum,
Ramai mengeluh tentang kos sara hidup yang meningkat. Minyak naik, tol nail,GST,semua tu memang betul-betul memeningkan. Saya setuju dan saya juga tahu ramai orang yang tahu dia ada masalah kewangan tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana untuk perbaikinya.
Ini adalah 7 tip dari saya di dalam menjaga kewangan apatah lagi musim shopping Raya telah bermula di sesetengah kawasan:-
1. Kita ada duit, berjimatlah. Kita tidak ada duit, lagi kena berjimatlah.
Ni tak, dapat bonus lagi sakan lak dia shopping. Ambil tempoh bertenang semasa anda dapat duit tu, jangan terus guna. Fikir, fikir dan terus fikir.. cari pro and kontranye.
2. Jangan main dengan hutang apatah lagi kad kredit hanya untuk beli kuih Raya?
Owh, saya betul-betul tak paham. Takkan nak beli kuih raya pon nak hutang? Beli la secara cash. Kan senang. Orang makan terus on the spot dapat pahala. Kalau hutang, anda tak terasa ke pahala tu macam ditahan-tahan sehingga anda langsaikan hutang and. huhuhuhu...
3. Hidup bukan hanya untuk Hari Raya.
Hari Raya tetap Raya InsyaAllah walaupun semua benda bukan baru.Langsir tak baru pun boleh Raya juga. Sports-rim lama pun boleh Raya juga.Pakai baju Raya tahun lepas pun masih sah solat Raya InsyaAllah.
4. Jangan hidup kerana nak menunjuk aku ada sofa baru, kereta baru atau bini baru.
Yang ni memang pening. Duit da la tak berapa ada, tapi nak tukar macam-macam. Memang aku tak paham. Lantak ko la labu. Biar Papa asal bergaya la kan.
5. Amalan berganda adalah untuk mereka yang menggandakan amalan di dalam bulan Ramadan.
Hah, yang ni jangan korang-korang semua nk perasan. Gandakan amalan dan bukan gandakan perbelanjaan, Ntah pape ntah.
6. Tidak perlu membeli banyak-banyak di pasar Ramadan.
Yang ni memang nafsu..Ye la kan takkan syaitan pulak, Kan diorang semua kena ikat. So, bila berbelanja haruslah berhemah. Beli apa yang perlu. Kalau boleh biar seimbang dengan piramid makanan.
7. Disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan.
Kita tidak ada duit bukan kerana kita tidak ada duit tetapi ramai mereka tidak ada duit sebab tidak ada disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan. Jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin telah tiba masanya kita buat perkara lain?
Ada paham semua? Apa-apapon, sila ukur baju badan sendiri. Jangan nanti lepas raya anda sebok la berhutang, bergolok gadai sana sini disebabkan takde duit da. Macam lagu senario ni..
Wallahualam.