Wednesday, November 18, 2015

Anak selang setahun:Gembira atau Duka?

Assalamualaikum..


Alhamdulillah genap semalam anak kedua saya dah berumur 3 bulan. Sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaan yg sangat istimewa ini. Seperti mana yang kalian tahu, saya memang bersalin setahun 1. EXPERT?? hahahaha.. banyak la expert..tu semua rezeki Allah. Kita cuba sedaya upaya menghalang pon, kalau Allah kata "kun faya kun" maka terjadilah ia. Hiiiii

1. Sepanjang Mengandung
Penat nak dengar mulut orang kata, "Amboiiiii, tak menyabo !! " " Haish, tak kesian ke kat anak, tak sampai 2 tahun dah dapat adik? " " Sian Along, belum puas bermanja" Aduhaiiiiii.. penat sangat nak dengar mulut orang berkata-kata. Pengalaman saya sepanjang mengandung anak yang kedua, ramai yang takut-takutkan instead of beri semangat dan dengar orang cakap bersyukur atau Alhamdulillah..

At first, jujur saya katakan memang sangat down. Kesian anak di dalam perut, sebab bakal kewujudannya tidak dirai seperti anak yang sulung. Huhuhuhu.. selepas bermuhasabah, mendapat dorongan daripada insan2 terbaik seperti mak ayah kandung dan hasil pembacaan di blog-blog, kekuatan dapat dirai semula dan saya mula menghargai setiap saat sepanjang mengandungkan anak kedua saya.

2. Selepas Kelahiran
Selepas kelahiran, memang pada mulanya rasa agak tertekan sepanjang dalam pantang. Anak yang sulung menangis minta di dukung sampai ke sudah tak boleh. Almaklumlah, dalam pantang kan tak boleh angkat berat.Nak tido sebantal apatah lagi, macam-macam sebab dan alasan yang diberikan sebab nanti anak lasak takut tertendang ibu dan adik.Itu belum lagi kira bab mandi dan makan dia. Last-last anak yang sulung mencari orang lain untuk tempat dia bermanja dan disayangi. Sangat sedih sebab anak yang disayangi lebih rapat dengan orang lain disebabkan terlampau banyak halangan dan kekangan dari kita.

3. Bermula Kerja
Selepas habis tempoh berpantang, bermula rutin ibu bekerjaya. Memang agak kelam kabut pada mulanya. Mana nak uruskan si Along, mana nak uruskan si Adik. Hanya Allah saja yang tahu. Sebab itu pengurusan masa dan sokongan suami sangat penting. Kalau tak, memang boleh jadi gila... hahahaha..sebab terkejar-kejar. Sehingga saat ini, saya masih sedang berusaha dan belajar untuk menguruskan masa saya dengan sebaiknya.

4. Study

Study ePJJ di UiTM?? Terpaksa direhatkan satu sem untuk beri peluang pada diri sendiri dan anak-anak. Hahahahaha.. Tapi bila da lama sangat cuti ni, mula la rasa macam nak berhenti je terus. huhuhuhu...Opsss!!! Semoga Allah sentiasa memberi saya ketabahan dan kesabaran dalam menjadi seorang isteri ibu anak pekerja dan pelajar.. Aminnn.

5.Pengurusan kewangan
Of course, penggunaan duit 2 kali ganda sebab dah 2 anak kan. Pampers sekali beli 4 pack, bayaran pengasuh pon bertambah untuk 2 anak, itu belum lg rencam lain macam baju, peralatan grooming dan sebagainya. Saya memang peruntukkan untuk anak sahaja RM 1000 sebulan. Allah, kos hidup zaman sekarang ni memang tak berdaya, kena earn lebih banyak lagi untuk survive selain daripada saving and spending benda yang perlu saja. Honestly, no more shopping. Huhuhuhu.. Pikir berpuluh kali sekarang ni kalau nak beli pape.

Walaubagaimanapun, saya sangat-sangat bersyukur dengan hikmah yang Allah berikan. Allah tahu saya kuat, sebab tu dikurniakan anak yang rapat. Balik kerja, bila tatap muka anak, dan anak tersenyum pada kita, hilang segala stress dan tekanan yang ada. Semoga anak-anak saya menjadi anak yang soleh yang boleh memimpin tangan saya menuju syurga Firdausi.

ps: InsyaAllah nanti saya akan kongsikan bagaimana rutin harian sebagai ibu anak rapat uruskan masa..eceeehhhh...hihihihi

Thursday, August 6, 2015

Doa Untuk Ibu Mengandung


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.


“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,

Kemudian pula :
5.


“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :



8.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq




10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insaallah akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

Friday, July 3, 2015

Jaga duit time shopping raya

Assalamualaikum,

Ramai mengeluh tentang kos sara hidup yang meningkat. Minyak naik, tol nail,GST,semua tu memang betul-betul memeningkan. Saya setuju dan saya juga tahu ramai orang yang tahu dia ada masalah kewangan tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana untuk perbaikinya. 

Ini adalah 7 tip dari saya di dalam menjaga kewangan apatah lagi musim shopping Raya telah bermula di sesetengah kawasan:-
 
1. Kita ada duit, berjimatlah. Kita tidak ada duit, lagi kena berjimatlah.
    Ni tak, dapat bonus lagi sakan lak dia shopping. Ambil tempoh bertenang semasa anda dapat duit tu, jangan         terus guna. Fikir, fikir dan terus fikir.. cari pro and kontranye.
 
2. Jangan main dengan hutang apatah lagi kad kredit hanya untuk beli kuih Raya?
    Owh, saya betul-betul tak paham. Takkan nak beli kuih raya pon nak hutang? Beli la secara cash. Kan senang.     Orang makan terus on the spot dapat pahala. Kalau hutang, anda tak terasa ke pahala tu macam ditahan-tahan     sehingga anda langsaikan hutang and. huhuhuhu...
 
3. Hidup bukan hanya untuk Hari Raya. 
    Hari Raya tetap Raya InsyaAllah walaupun semua benda bukan baru.Langsir tak baru pun boleh Raya juga.           Sports-rim lama pun boleh Raya juga.Pakai baju Raya tahun lepas pun masih sah solat Raya InsyaAllah.
 
4. Jangan hidup kerana nak menunjuk aku ada sofa baru, kereta baru atau bini baru.
    Yang ni memang pening. Duit da la tak berapa ada, tapi nak tukar macam-macam. Memang aku tak paham.          Lantak ko la labu. Biar Papa asal bergaya la kan.
 
5. Amalan berganda adalah untuk mereka yang menggandakan amalan di dalam bulan Ramadan.
    Hah, yang ni jangan korang-korang semua nk perasan. Gandakan amalan dan bukan gandakan perbelanjaan,         Ntah pape ntah.
 
6. Tidak perlu membeli banyak-banyak di pasar Ramadan. 
   Yang ni memang nafsu..Ye la kan takkan syaitan pulak, Kan diorang semua kena ikat. So, bila berbelanja             haruslah berhemah. Beli apa yang perlu. Kalau boleh biar seimbang dengan piramid makanan.
 
7. Disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan.
   Kita tidak ada duit bukan kerana kita tidak ada duit tetapi ramai mereka tidak ada duit sebab tidak ada disiplin        dalam simpanan dan perbelanjaan. Jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin telah      tiba masanya kita buat perkara lain?

 
Ada paham semua? Apa-apapon, sila ukur baju badan sendiri. Jangan nanti lepas raya anda sebok la berhutang, bergolok gadai sana sini disebabkan takde duit da. Macam lagu senario ni..



Wallahualam.

Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Thursday, May 21, 2015

Hutang: Kenapa heret orang lain sebab hutang anda???

Assalamualaikum W.B.T,

Sihat ke semua..

Saya terpanggil untuk kupas tajuk ini sebab ia betul-betul terjadi terhadap orang yang paling dekat dengan saya. Keluh kesah, kesedihan kekecewaan dia berkenaan dengan hutang dari "MANUSIA YG TAK RETI BAHASA" menjadi makanan tambahan bagi saya setiap hari. Betapa malangnya, hutang tersebut di buat oleh ahli keluarganya sendiri.

Kenapakah?? Mengapakah?? Tidak ada perasaan malu kah dihati orang yang berhutang itu untuk bertanggungjawab atas hutang mereka? Kenapa mesti diseret orang lain untuk bertanggungjawab terhadap hutang anda?

Hutang jangan dibuat main. Dalam Al-Quran dan Hadis beserta riwayat ada mengatakan betapa BERATNYA HUTANG dan apa akan jadi jika kita tidak melunaskannya. Tidak takutkah mereka atas ayat dan teguran itu??

Jangan hanya kerana lifestyle anda yang ingin sentiasa bergaya padahal  papa kedana itu menjerumuskan orang yang tidak berdosa terpaksa memikul hutang anda. Tahu tak berdosa sekiranya orang yang menanggung hutang anda itu menjadi fakir miskin disebabkan anda. Tapi anda, tanpa segan silu buat muka selamba jumpa senyum-senyum seolah-olah tiada apa kesalahan yang telah anda lakukan.

Insaflah!! Hidup ini adalah PILIHAN. Siapa yang menentukan nasib kita, kalau bukan diri sendiri. Kita yang berhak ke atas diri kita. Disebabkan kesombongan, kebongkakkan anda yang tidak pernah menundukkan pandangan ke bawah sebaliknya mendada mendongak kepala ke langit, telah benar-benar menyusahkan orang.

Tiada lagi tanda hormat di hati saya untuk anda yang menyusahkan teman saya mahupun orang lain disekeliling anda sehingga mereka sanggup mengikat perut bukan sahaja diri sendiri, malah melibatkan isteri dan anak-anak mereka demi hutang anda yang berjela tersebut. Dan anda jangan sekali-kali lupa, disebabkan anda juga, teman saya ini berhutang ratusan ribu ringgit untuk kemegahan anda dan lifestyle anda yang tak maksud akal.

Kepada pembaca sekalian, muhasabah diri anda. Kadang-kadang kita sentiasa ingat untuk bayar hutang dengan bank atau dengan orang, tapi kita lupa hutang dengan ahli keluarga juga dikira hutang. Ibu ayah di kampung, sudah kah anda membayar hutang anda kepada mereka? Ibu ayah memang takkan minta, tapi kita sebagai anak, di mana tanggungjawab kita? Kepada ibu bapa yang ada pilih kasih terhadap anak mereka, tolonglah..berlaku adil. Jangan kerana pentingkan anak yang sorang tu, perasaan anak lain terabai dan menanggung kesusahan anda.

Friday, April 24, 2015

Ringkasan Muafik dan Masbuk

Assalamualaikum,

Sejak kerja di bahagian masjid ni, Alhamdulillah Allah beri saya keizinan untuk solat berjemaah. Tapi, kadang-kadang saya terlewat sedikit untuk memulakan rakaat pertama bersama imam yang menjadikan saya antara Ma'mum Muafik ataupun Ma'mum Masbuk. Jadi saya tempelkan disini secara ringkas mengenai apa itu Ma'mum Muafik ataupun Ma'mum Masbuk, bukan untuk diri saya sahaja malahan untuk para pembaca.

Mungkin ada yang sukar memahami dengan penulisan di sesetengah blog. Tapi di sini saya kan kepilkan blog irhafiz kerana melalui dia saya memahami  mengenai konsep muafik dan masbuk dalam suatu solat berjamaah.

Secara ringkas, insya Allah, saya akan terangkan di ruangan kali ini. Bagaimana mendapat rakaat bersama-sama imam.

 Makmum sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama-sama imam Ingat, ia sempat rukuk dengan thamaninah (sekadar masa lafas subhanallah – lebih kurang 2 saat). 

Contoh dan situasi: Saya datang surau, sampai sahaja, imam sedang rukuk. Maka saya perlu takbiratulihram, diam seketika (untuk dapat thamaninah – lebih kurang 2 saat). Kemudian saya rukuk. Sekiranya saya rukuk, imam terus bangkit iktidal, maka saya tak dapat rakaat tersebut – perlu ganti selepas selesai imam beri salam. Sekiranya saya rukuk, imam masih rukuk, maka saya dapat rakaat tersebut.

Apa itu makmum muafik?
Makmum yang sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah (maknanya kalau dia baca fatihah, memang sempat berdiri bersama-sama imam) Makmum perlu baca fatihah.

Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam sebanyak 3 rukun panjang (rukun panjang ni – rukuk, sujud, (iktidal dan duduk antara 2 sujud tak dikira sebagai rukun panjang))

Contohnya Saya tiba disurau, saya takbiratulihram, kemudian dengar imam baca fatihah daripada awal hingga akhir. (solat isya) Apabila imam selesai baca fatihah, saya pun mula baca fatihah, dan imam pun baca surah yang pendek, belum sempat saya habis fatihah, imam dah rukuk, kemudian iktidal. Saya kena habiskan fatihah sebab saya dah tergolong dalam ma’mum muafik. Jadi saya perlu habiskan fatihah, kemudian rukuk dan iktidal.

Apa itu makmum masbuk Makmum?

Makmum yang tak sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah. Fatihah makmum ditanggung oleh imam, jika imam rukuk, makmum boleh terus rukuk tanpa menghabiskan bacaan fatihah.

Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam 3 rukun biasa. (semua termasuk, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dll)

Contohnya: Saya tiba di surau, imam sudah pun baca surah selepas fatihah. saya takbiratulihram, dan terus saya baca fatihah, belum sempat saya habis fatihah, imam pun rukuk. Jadi saya tak perlu habiskan fatihah, dan terus rukuk – kerana imam dah menanggung fatihah saya.

Wallahu'alam.

Monday, March 16, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Tuesday, March 10, 2015

Sistem Perakaunan Termurah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

Adakah anda mahukan akaun perniagaan yang baik dan lengkap tetapi tidak mahu berbelanja mahal?

Hari ni aku nak share sikit satu maklumat yang penting dan aku rasa memang wajib untuk dikongsikan..

Khas untuk mereka peniaga-peniaga kecilan mahupun peniaga online ataupun sesiapa sahaja yang baru running bussines, ini adalah sistem perakaunan yang paling praktikal dan automatik paling menjimatkan yang anda boleh dapatkan dengan hanya KLIK DI SINI


     

Memperkenalkan
Sistem Debit Kredit Senang (DKS)


sistem_DKS

Sistem DKS ini merupakan sistem perakaunan berasaskan MS Excel yang jauh lebih murahberbanding perisian perakaunan yang berada dipasaran. Apa yang paling penting fungsinya sama seperti perisian perakaunan dipasaran.

Apa kelebihan Sistem DKS ?

  1. Harga Sistem DKS sangat rendah dan berpatutan
  2. Tidak perlu renew tiap-tiap tahun, lesen seumur hidup
  3. Sistem DKS sangat senang digunakan kerana hanya anda perlu tahu debit dan kredit sahaja
  4. Tidak perlu install kerana sistem DKS berasaskan Microsoft Excel
  5. Ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan dapat dijana secara automatik
  6. Sistem DKS adalah dalam Bahasa Melayu

Anda Perlukan Sistem DKS Jika Anda Tergolong Golongan Berikut;
dotUsahawan yang memiliki perniagaan
dotBakal usahawan yang siap sedia memulakan perniagaan
dotUsahawan yang tengah cari sistem perakaunan yang murah
dotBos/majikan di syarikat tempatan
dotAkauntan di syarikat tempatan
dotPengusaha IKS

Jangan Beli Sistem DKS Jika Anda Tergolong Golongan Berikut;

dotBos syarikat multinasional atau syarikat berskala besar
dotUsahawan yang mampu beli perisian mahal
dotOrang yang tidak mahu uruskan akaun perniagaan
dotOrang yang tidak mahu uruskan aliran wang dengan sistematik
dotOrang yang tidak faham bahasa melayu
dotOrang yang tiada MS Excel di install dalam komputer

Klik Sini Untuk Tempahan Segera

Wednesday, March 4, 2015

DUIT: Bayar Hutang Atau Simpan ?

Assalamualaikum sahabat,

Sudah cukup bersediakah kita dalam menghadapai gelombang GST bulan APRIL nanti. Huhuhuhu.. Aku baru balik dari taklimat GST minggu lepas. Yang aku kira memang tidak akan memberikan kepentingan kepada end user iaitu pengguna macam kita. Untuk orang yang bergaji Jusa dan belasan ribu ringgit mungkin tidak terasa, tetapi untuk orang kampung dan golongan muda yang baru nak hidup ni memang terasa sangat-sangat.

So, untuk langkah lebih bersedia, aku nak mengajak diri aku dan anda semua berfikir sesuatu mengenai halatuju masa depan kita. Duit yang kita dapat hasil makan gaji atau keuntungan bisnes, patut untuk disimpan atau dilangsaikan hutang? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?

Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. 



Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebelum kita semua membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika kita betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan aku dan korang yang paling utama. Setelah itu, barulah korang menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada kita seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana kita sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya. So aku cadangkan korang semua baca blog http://www.mohdzulkifli.com/ ni sebab banyak input yang berguna korang boleh dapat. Setakat apa yang aku baca dari blog tu, En Zul cakap dana kecemasan seharusnya boleh cover 3 bulan pendapatan. So, kalo gaji ko RM 1,500 sebulan, dana kecemasan yang korang mesti ada at least RM 4,500.

Dana kecemasan ini penting kerana sekiranya menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, korang tidak perlu berhutang. Dengan ini, situasi kewangan korang tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Lagi satu yang aku selalu perasan, bukan je jadi kat aku, tapi kebanyakkan orang la kan, bila gaji meningkat, shopping sakan bukan main tak pun tambah lagi hutang. Nauzubillah.. Apa kata kita ubah, bila gaji naik je, kita masukkan 100% duit increament tu kita tambahkan dan simpan dalam dana kecemasan supaya kita sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya. Jangan pulak, da guna tak reti nak cover balik.

Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah  iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, kita perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.

Ok yang ni aku nak ingatkan, masa korang buat dana simpanan, pastikan hutang yang korang bayar bulanan tu teroskan berjalan. Jangan sesekali sangkut kat mana-mana. Bukan ape, kalo sangkut..nanti payah ko nak jaga rekod ko dengan bank. Nak buat loan rumah pon payah nanti. So bila ko da simpan, and rasa-rasa cukup nak langsaikan hutang secara full settlement adalah sangat digalakkan. Ini kerana, korang da x payah nk bayar bunga atau interest lebih-lebih dekat pemiutang.


Satu lagi pilihan selain selesaikan hutang, apakata korang melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, korang boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan korang mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan korang. 

Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.

Langkah #3: Fokus pada Masa Depan
Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, korang bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan korang (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar korang tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.
Contoh macam Tabung Haji. Simpan duit siap-siap, nanti da cukup boleh laa pergi haji.

Ape-apepon, sebelum berhutang, fikir semasak-masaknya, apa kebaikan hutang tu untuk masa depan korang. Kalau untuk nampak riak, biar papa asal bergaya, tolong la tinggalkan jauh.. Nanti beban dapat, dosa pun dapat. Huhuhuh.. Aku doakan kita semua berjaya dan bebas dari bebanan hutang tak lama lagi.




Ok bye.

Thursday, February 5, 2015

Tambah Pendapatan Tahun 2015

Assalamualaikum w.b.t...


Sihat ke semua? Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk menikmati nikmat-nikmat dunia ni and apa yang penting, haruslah bersyukurkan..

OK tajuk kat atas tu memang korang da biasa nampak pun kan..Tak habis-habis dengan tips and so on. Tapi saya nak ajak korang bertindak sekarang..Sebab saya baru je join and da nampak hasilnya.

Sila click http://www.spidermetrix.com/smx120.php?refspider=dayahms , nanti korang taula apa benda ni. 

Online Survey for cash. Mudah sangat-sangat. korang register, pastu fill up all the requirement need and then just do survey. You will get point for every survey yang korang da buat. Dan dan dan...of course point tu boleh di tukar dengan duit.  Sangat sesuai untuk student yang nak cari duit tambahan nak beli buku. Bukan apa, tahun ni memang da terbukti mencabar sebab apa..ada GST la, Ringgit Malaysia jatuh merudum la and apa-apa lagila..Hihihihi..



So, janganlah lepaskan peluang ini.. Saya tak nak letak gambar duit berkepuk-kepuk...sebab tak nak la nanti korang cakap saya ni scam la, skim cepat kaya la, MLM la.. Click link atas tu then baru sembang lebih dengan saya..



Friday, January 9, 2015

Selamat Tahun Baru..


Assalamualaikum w.b.t

Sihat ke tu?? Hihihihi.. Saya harap belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.