Wednesday, January 29, 2014

Family Financial Planning AKA Perancangan Kewangan Keluarga

Assalamualaikum w.b.t

Arini aku nak cerita sikit pasal perancangan kewangan keluarga. Topik ni khas aku nak tujukan pada mereka yang dah berkeluarga atau bakal membina keluarga untuk mereka yang gaji cukup-cukup rasa maggi cukup rasa macam aku. hihihihihi..

Aku paham dan sangat memahami keadaan korang semua yg bergaji kecil tetapi tinggal di bandar metropolitan yang semakin rakus dengan ledakan ekonomi yang semakin menggila ini..perghhh..ayat ko dayah..mmg tak bole blah..hahahahaa.. Okeyla..sila fokus..kat sini ada beberapa tips yang aku akan kongsikan berdasarkan pengalaman aku menjadi Menteri Kewangan di rumah ku sendiri. Semoga bermanfaat untuk korang.

1) Membuat perancangan.

Kat sini aku selalu fokuskan apa yang aku nak, perlu dan mesti lakukan dalam jangka waktu yang dekat. Kat sini, korang kena jelaskan matlamat korang. Contohnya macam ni, lepas dapat gaji, korang kena shortlist kan apa yang korang kena bayar dulu untuk jangka waktu yang pendek, macam bayar bil-bil ke, yuran taska anak, bayar umah sewa. Lepastu baru pikir jangka masa panjang lak, opss..jgn salah sangka, yg jangka masa panjang ni maksud aku apa yg patot korang listkan dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan. macam duit petrol, tol dan bahan makanan. Make sure kedua-dua jangka kat atas tu tidak melebihi 50% daripada pendapatan isi rumah.

2) Ikut keperluan bukan kehendak

Kalau nak ikot kehendak, memang macam-macam la benda yang kita nak tanpa memikirkan adakah ia betul-betul perlu dalam hidup kita. Macam contoh, baju ngandung..hihihihi..based on pengalaman aku,semakin dekat nak bersalin,perot makin besar dan baju banyak yg x muat, walaupon aku beli saiz M. sebab aku ni asalnya saiz XS. So pengajaran utk korang,yg baru start ngandung, aku sarankan korang beli baju saiz L teros. Jimat..taklah membazir macam aku..huhuhu..

3)Asingkan wang kecemasan dan simpanan

Yang ni memang sangat penting bagi aku. Sebab emergency memang kita tak tahu bila akan berlaku. Manalah taw time tu anak atau parents korang saket ke, keta rosak ke, atau tiba-tiba boss suruh ko pergi outstation ke, mana ko nak cekau duit ko. takkan nak pegi pinjam duit kat orang kot. INGAT!! jangan sekali-kali berhutang demi untuk menutup hutang yang lain. Nanti tak taw sampai bila la keje ko nak gali lubang tutup lubang. mcm lagu saleh yaakob tu.

Lagi satu, duit syiling yang melambak ko ada tu sila simpan dalam satu bekas. Jangan ko buat tak pandang je duit syiling tu. Sebab apa??Sebab duit syiling tu banyak membantu masa korang tengah kegawatan ekonomi. Pengalaman aku, masa kereta en suami aku masuk bengkel, duit syiling ni gak aku cari. Nak taw dapat bape? adalah sikit dalam RM500++. Alhamdulillah.

4) Jangan berhutang!!!

Ini memang serius.Macam yang dekat atas tu aku ada mentioned kan, jangan berhutang!!! Bukan apa, aku paham, utk orang yang baru nak memulakan hidup berdikari atau tinggal di rumah sendiri, aku paham banyak benda yang ko nak beli untuk lengkapkan rumah ko, macam perabot ke, peralatan elektrik, astro or so on. Yang ni aku nasihatkan beli yang basic dulu..Contoh, kalo ko rase peralatan elektrik lebih penting dari perabot, ko beli la peralatan elektrik. Ko kena pertimbangkan mana yang paling penting. Peti ais ke, mesin basuh ke, tv ke microwave or so on. Pikir dalam2..tak salah kalo ko beli sebulan satu atau 2 bln satu. Ala...bukan lama pon kan 2 bulan, kejam celik kejam celik da 2 bulan. Keduanya, ko buat la pelaburan sket masa before ko kawen. Tak salah kalo ko hadiahkan hadiah kawen kat kawan ko peralatan elektrik mcm blander, periuk nasi elektrik, pinggan mangkuk, sbb nanti bila ko kawen, kawan ko tak mustahil akan bagi barang yang sama macam ko bagi. Aku mmg buat cani, alhamdulillah, lepas kawen, tak perlu nak tambah2 beli benda2 kecik tu, sebab semua da lengkap. Aku fokus benda besar je..hihihihihi.. Perabot, lepas 4 bulan tinggal umah sendiri baru aku pikir. Orang datang rumah aku, makan berjemaah kat bawah je wei, tak makan atas pon sebab aku takda meja makan. takpe...yang penting kita ikhlas jemput tetamu datang makan kat rumah kita kan and diorang pon paham keadaan kita yang baru nak mulakan hidup..hihihi..Dan yang terakhir, aku memang sangat bersyukur ada keluarga yang memahami, sbb mak ayah aku la banyak melengkapkan apa yang kurang kat umah aku. Aku tak minta k, diorang yang bagi. Terima kasih mak ayah, angah sayang sangat kat mak ayah.

5) Merajinkan diri masak kat rumah

Yang ini memang aku tak nafikan, gila save poket kami laki bini. Ayam sekor, bole makan dalam 2 minggu..macam2 jenis lauk lak tu aku try. hahahaha.. telor aku beli sepapan..boleh gak tahan sebulan. Apa-apapon, kita yang tentukan segala-galanya. Kalo ko kreatif, ko bole masak mcm2 tanpa perlu pergi kedai. Tapi kalau nak makan yang ko tak mampu masak tu, pergilah kedai. boleh je..tak salah kalau sekali sekala kan. hihihihi..


Ini antara tips-tips yang aku amalkan demi mencapai keadaan hidup bekeluarga yang lebih stabil. Kalo ko rasa ko nak follow, ko follow la..hihihihi..sebab memang mujarab untuk aku.







Tuesday, January 21, 2014

Cari Duit Tambahan 2014



Assalamualaikum 
Dengan ekonomi yang makin tak menentu sekarang ni, barangan semua naik memang memeningkan kepala. Gaji naik bape banyak sangat la kan kalau nak compare dengan harga barang dan perkhidmatan yang melambung naik. harga elektrik naik, ayam naik, tambang naik, yuran taska naik, petrol naik, hurmmm...cuma satu je turun..KANGKUNG..kahkahkah...gurau je..

Dalam hati asyik terfikir, apa yang patot aku buat untuk earn a lot of money. Lagi-lagilah tak lama lagi nak dapat gelaran baru, "Mommy", lagi la banyak benda yang nak kena fikir kan. Dulu berdua, tak lama lagi bertiga. Bak kate kawan aku, gaji dia aje, 70% untuk kelengkapan anak.. Itu kalo gaji dia sama ngan aku la as Pembantu Tadbir, tapi kalo pegawai ke, aku rasa tak terasa beban kot..huhuhuhu.. Mula la ligat kepala otak aku berpikir siang malam, untuk tingkatkan pendapatan keluarga. Opssss.. ni bukan merungut...tak baik kata aku macamtu.. Aku percaya, ada rahmat di sebalik kesulitan tetapi, kita tak boleh la nak tunggu je kan, kena la ada usaha, baru la hidup boleh berubah..
Apa yang aku terpikir dalam kepala sekarang ni, kena tambahkan ilmu. So apa yang aku buat, aku sambung belajar ambil e-PJJ ijazah. Sebab keje dekat kerajaan ni, dia pandang kelulusan ko, bukan pada bakat terpendam yang ko ada.Paham tak maksud aku? Contoh macam ni la, kalo ko kerja swasta, career growth disebabkan ko punya talent, KPI, capability menyelesaikan sesuatu masalah dan pencapaian ko yang terbaik, ko akan dinaikkan pangkat walaupon ko belajar setakat SPM je atau baru lagi kat company tu. Tapi kerajaan ni, walaupon ko dapat Anugerah Cemerlang sekalipon,tapi ko belajar SPM je..jawatan ko tetap sama..takkan dinaikkan jadi pegawai unless ko ada ijazah. Bukan itu je, ilmu kemahiran juga haruslah belajar untuk tambahkan nilai diri.
Tip kedua buat duit dengan menjadi agen jualan langsung.Ini paling mudah sebab modal tak banyak, produk mudah laku, tak payah kedai, tak perlu bayar gaji pekerja. jika anda rajin, anda akan kaya. Tapi aku, malasss..sebab aku tak cukup yakin untuk approach orang beli barang aku.. So, aku kena berubah kat situ.. Kena belajar untuk tingkatkan keyakinan aku and buang sifat malu.
Ketiga jadikan hobi anda sebagai kerjaya sampingan. Misalnya anda  ubai suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual. Contoh lain buat kraftangan dan jual. Yang ni memang aku tengah buat sekarang, jual doorgift untuk majlis perkahwinan, cukur jambul and so on. Nanti aku bagitahu apa produknya k. erm... bab tanam sayur tu, aku duduk flat je, memang takde tanah, so tak boleh direalisasikan.
Keempat, kalau ada bakat menjahit dan buat kuih, maksimumkan. Mulakan bisnes dengan bertanya kepada kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju dan membeli kuih dan kek anda. Ini boleh dimulakan dari rumah je. Ini target aku lepas bersalin nanti, insyaAllah..mesin jahit pon dah ada, cume confident dengan tak je nak ambil upah.. Dasar penakut..kuangkuangkuang...
Orang kata, kadang-kadang, ianya hanya sekadar cari duit sampingan, tapi lama-lama boleh menjadi utama pula.Kadang-kadang boleh jadi pendapatan mengatasi gaji. Tak mustahil. InsyaAllah..

         Ape-apepon..kena ada usaha. DOA + USAHA + IKTIHAR + TAWAKAL = BERJAYA. Bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang. 

Monday, January 20, 2014

Doa Ibu Hamil Untuk Dirinya & Kandungan


Assalamaulaikum..

Bila da masuk 3rd trimester ni, perasaan mula dupdapdupdap...huhuhu.. mula fikir pasal keadaan masa bersalin. Macam biasalah, adat orang yang nervous nak bersalin, banyak masa dihabiskan dengan blog walking untuk dapatkan info dan tips nak bersalin.

Teringat satu doa yang diberikan oleh kawan hubby untuk diamalkan sepanjang mengandung. Katanya doa ini untuk memohon kesejahteraan ibu dan kandungan sehingga kelahiran. Cuba amalkan lepas solat ya..

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita anak beranak ya sayang..





“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tamat Sem 1 e-PJJ AM228 UiTM

Assalamualaikum..

Dengan berakhirnya paper MAT402 pada 16 Januari 2014 yang lalu, maka berakhirlah Sem 1 aku di UiTM Ined sesi 2013/2014.

Alhamdulillah, pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang Sem ini dapat diharungi dengan jayanya.

Semoga result yang bakal kuar nanti memberikan seribu 1 kemanisan kepada segala kepahitan.


Thursday, January 9, 2014

Peperiksaan, Exam, Ujian

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk dekat atas tu kalau tengok memang mcm stress kan..

Sebab ape? sebab semuanya perlukan persediaan, bukan dari segi mental sahaja, malah fizikal pun kena kuat.. Semua orang akan menghadapi perkara ini dalam hidup. Dari kita kecil sampai lah kita da tua atau nak mati sekalipon tak pernah berhenti dari di uji.

Apa yang aku nak cerita kat sini, adakah kita dah cukup bersedia dengan segala jenis peperiksaan, exam mahupun ujian???

Kejayaan itu ujian, kegagalan juga adalah ujian. Apa yang penting, persediaan kita dalam menghadapi setiap ujian itu. Ketika kita mengahadapi kegagalan atau kehilangan dalam menempuhi semua ujian di atas, kita akan sering merungut. Ingatlah, merungut itu adalah perkara yang sangat dibenci Allah.

Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year 2014


Bye2 2013..2014,please b nice to me..huhuhu...

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan utk menghadapi tahun baru. Banyak suka duka yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang 2013..
Mengharapkan 2014 ni bakal memberi 1001 kebahagiaan kepada aku,suami aku,bakal anakku,kedua ibu bapa ku,adik2 ku dan sesiapa saje yg pnh muncul dlm idup aku secara langsung atau tidak..aminnn..