Monday, December 1, 2014

Pihak Ketiga

Assalamualaikum..

Viral kisah sebelum ni pasal lelaki yang bercinta dengan janda anak ramai di facebook kan? Huhuhuhu.. tak tau la betol atau tak kisah tu, tapi kalau ia memang kisah benar, memang sangat meruntun hati.. Suami bukan setakat bercinta, tetapi lebih daripada itu. Nauzubillah, mintak-mintak lah dijauhkan dari kita..

Tapi bila kejadian seperti ini berlaku, semua pihak ingin menunding jari kepada orang lain. Mereka mengaku tapi dalam masa yang sama menyalahkan.. Apatu? Kau dah buat salah, lepastu  kau cakap jadi macamtu sebab orang lain.Huhuhuhu..

Aku bukanlah orang yang paling layak untuk menjadi ahli motivasi dalam rumahtangga..Sebab aku dengan kehidupan rumahtangga ni baru je 2 tahun lebih. Tapi aku memang cukup sensitif dengan masalah penceraian ni, sebab dikeliling aku ramai yang terlibat dalam masalah ini. Kenapa ek..makin banyak masalah berlaku sekarang ni? Kalau kita tengok statistik penceraian di Malaysia, terjadinya 1 kes perceraian untuk setiap 15 minit di kalangan pasangan suami-isteri yang beragama Islam di Malaysia. Laporan itu memang agak menakutkan.

Macam-macam alasan biasa kita dengar bila masalah penceraian berlaku. Paling popular perkataan "Kami sudah tidak sefahaman lagi" . Pernah tak terfikir, bagaimana perkataan tidak sefahaman itu boleh wujud dalam rumahtangga. Bagi aku alasan itu disebabkan pihak ketiga. Kenapa aku cakap pihak ketiga yang bersalah. Sebab mereka inilah penghasut dalam rumah tangga. Pihak ketiga yang aku nak cakap kat sini adalah syaitan tak kira la syaitan betul atau syaitan yang bertopengkan manusia.."syaitan yang bertopengkan manusia???" huhu...Bunyi yang sangat menakutkan kan.. Tapi inilah hakikat manusia sekarang. Sebagai contoh, rakan sekerja yang janda/duda yang dah lama kesepian tapi menggoda suami/isteri orang. atau mertua atau ipar duai yang cemburu dengan kebahagiaan anak atau adik-beradik mereka sehingga sanggup campurtangan dalam rumah tangga orang. Ini manusia yang mempunyai masalah jiwa, yang tak boleh tengok orang lebih sikit. Huhuhuhu..

Ini memang hakikat. Hakikat yang sebenar berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar mungkin dah dekat dengan kita. Apa yang aku nak nasihat kat sini toleransi suami isteri. Jangan lah asyik menyalahkan, tapi tukar lah kepada memohon kemaafan. Kita kena bertafakur sebentar, untuk mencari ruang dalam hidup kita untuk berfikir sebentar. Berfikirlah dan bertanyalah kepada diri sendiri, apa sumbangan kita kepada orang instead of fikir apa sumbangan orang pada kita. Berfikirlah sejenak, sebab dengan berfikir,akal kita hidup. Bila akal hidup, kita dapat menginsafi diri. Bila kita dapat menginsafi diri, kita boleh menerima segala apa yang berlaku dalam hidup kita dan menjadi redha. Bila kita redha, secara tidak langsung kita kembali semula kepada Allah. Dengan berfikir, kita juga boleh mengingati mati.Itulah orang yang cerdik.

Monday, October 27, 2014

Azam Maal Hijrah 1436Hijrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara segar dan bersama-sama insan yang dikasihi di sekeliling kita.

Mari berhenti sejenak.....

Merenung....

Mengimbas kembali....

Segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sejak kita lahir..

Benar...semua orang ujian hidupnya berbeza. Kerana janji Allah..Dia akan menguji hambaNya tidak lebih dari kemampuan mereka.

Jadi, jangan pernah membandingkan diri anda dengan diri mereka... Kerana, rezeki itu rahsia Allah, Dia akan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa siapapun yang akan menghalangnya.

Seperti biasa, peralihan tahun akan memberikan aku peluang untuk bermuhasabah diri apa yang aku azamkan sebelum ini adakah tercapai atau tak. Dan seperti biasa, apa yang tidak tercapai akan aku carry forward kan ke tahun akan datang.

Azam tahun ni...

1) Of coz nak jadi lebih baik dari sebelumnya
    *** Muslimah sejati
    *** Isteri yang solehah
    *** Ibu yang mithali
    *** Pekerja yang berdedikasi
    *** Pelajar yang cemerlang


2) Menyelesaikan hutang yang bertimbun-timbun

3) Membeli hartanah

4) Membeli kenderaan yang jauh lebih baik.

5) Ada rezeki lebih, nak pergi umrah.. Amin

Harap sangat semua azam ini tercapai...

Thursday, October 2, 2014

Lipat Baju Yang Bertimbun.

Assalamualaikum W.B.T.

Hah, tengok tajuk tu, perkataan "BERTIMBUN", boleh imagine ke?? Hahahaha..

Terus terang aku cakap, aku ni memang antara manusia yang paling sangat "Gajin" di dunia untuk melipat kain baju. So, aku dah tetapkan satu hari untuk mengemas rumah dan secara tak langsung cuba aplikasikan 5S untuk rumah aku


Sebelum


Selepas

Friday, September 12, 2014

DIPLOMA PENYUSUAN

Assalamualaikum..

Yeay, akhirnya aku berjaya mendapat segulung Diploma Penyusuan setelah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan selama 6 bulan menyusukan putera tercinta. Ecehcehceh.. mengalahkan dapat DIPLOMA dari universiti terkenal di dunia. Hahahaha.. Memang di akui, diploma yang aku dapat ni memang paling bermakna dan akan dikenangkan sehingga akhir hayat aku. Bukan senang nak harungi dugaan dan ujian sepanjang tempoh penyusuan ni. Dikelilingi dengan manusia yang tak sabar-sabar nak menyuapkan makanan ke mulut anak aku dengan alasan


"DULU aku bagi makan dekat sipolan dan sipolan ni OK je. HIDUP je sampai sekarang. SIHAT WALAFIAT lagi"

dan ada mahluk Allah ni siap cakap kat aku.

"Susu ibu bukan MENGENYANGKAN pom. Baik ko campur susu formula or bagi makan"

Owhhh..Tidakkkkkk..Secara jujurnya, aku rasa macam nak mengamuk je. Nak je aku cakap kat diorang. "Eh anak ko anak ko la, anak aku, hak aku." Hahahahaha.. Tapi alhamdulillah, Allah masih lagi beri aku keimanan untuk  menahan kesabaran dengan hanya menganggukkan kepala dan tersenyum. Bukan apa, zaman sekarang jauh beza dengan zaman dulu. Penyakit dan virus, macam-macam jenis sekarang ni. Sebab tu, kita kena bezakan gaya hidup sekarang dengan dulu. Sebab zaman memang da berubah, cabaran zaman sekarang jauh lebih mencabar.

Aku sedih...memang aku sedih..Sebenarnya niat kat hati nak bagi anak aku minom susu secara ekslusif selama 2 tahun tanpa makan makanan apepon selain dari susu ibu.. Huhuhuhu..tapi aku tidak berjaya. Sebab apa??? Sebab ada manusia yang nak belikan anak aku nestume atau cerelac atau apa saja makanan proses bayi dekat anak aku. Katanya, kesian tengok anak aku lapar.. Owhhhh..tidak..Pantang sungguh aku bila ada orang yang memandai-mandai nak tentukan hidup anak aku. Disebabkan perkara itu berlaku, aku buatkan puri atau bubur nasi untuk anak aku demi mengelakkan perkara itu dari berlaku.

Huhuhuhu.. tapi sayangnya..ada gak yang gatal tangan ketepikan makanan yang aku masak dengan bagi makanan proses jugak. Alasannnnnnn diorang sebab anak aku tak suka apa aku masak. SUBHANALLAH...istighfar istighfar.. Makanan untuk anak aku masih baru, boleh tak tolong bagi masa sikit kat dia nak cuba sesuatu yang baru. Bila mengadu ke suami, Dia boleh cakap

"TAKPE..anggap je itu REZEKI anak"


Homagad..memang tak boleh diterima langsung alasan tu. Disebabkan hal tu, aku jadi murung untuk beberapa hari. Yee..aku memang sentap.

SO, kepada ibu-ibu, bapak-bapak, tolong berhenti membezakan anak anda dengan anak orang lain. Sebab, anak kita tak sama..

OK Bye...

Wednesday, August 20, 2014

Organize!! Susun Atur!! Kemas-Kemas!!!


Assalamualaikum Wbt.

Masih belum terlewat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya!! Hahahaha.. hamek ko, da nak abes raya baru hengkau nak wish kan.. =P

Baru lepas habeskan kursus minggu lepas tentang "Pemikiran Kreatif". Kursus yang sangat menarik lagi berinformasi. Dalam kursus ni, memang betul-betul membuka minda aku untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Apa tu pemikiran kreatif?? Untuk memudahkan korang paham, pemikiran kreatif ni bermaksud mencipta sesuatu yang baru lagi memudahkan, dengan mengambil kira penjimatan kos dan masa. Ia juga secara tidak langsung meningkatkan produktiviti kita samada di tempat kerja, rumah mahupon dimana saja.

OK. So lepas kursus tu tamat, benda pertama yang aku cuba aplikasikan ilmu aku dirumah adalah meng'organize'kan semula rumah aku. So. bermulalah konsep 5s di rumah.

Konsep asas Amalan 5S adalah seperti berikut:

SISIH (SEIRI)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

SUSUN (SEITON)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SAPU (SEISO)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

SERAGAM (SEIKETSU)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

Disebabkan masa proses 5s tu ketiadaan suami di rumah, jenuh la aku nak buat kerja ni sorang-sorang. Hahahahaha..Makan hari gak la aku kerjakan.

HARI PERTAMA:
Apa yang aku buat masa mula-mula adalah SISIHkan barang-barang yang tidak diperlukan di rumah.Of coz la aku kerjakan dapur dulu. Lagi-lagi dalam peti ais, memang banyakla benda nak kena buang. Lepastu kemas ruang tamu, bilik air dan last sekali bilik tidur. Korang nak tahu, hasil sisih barang-barang tak pakai ni, boleh dapat 1 beg hitam plastik sampah tau.

HARI KEDUA
Lepas da buang-buang semua yang tak berkenaan, aku SUSUN la semua barang-barang ikot kategori. Contoh dalam peti ais, aku susun semula, yang botol-botol, seragamkan ikot  jenis dan size, lepas tu agihkan bahan-bahan segar macam sayur ngan buah-buah. Dekat bahagian sejuk beku, aku susun semula bahan mentah dan simpan dalam bekas-bekas yang berasingan mengikut kategori. Ini secara tak langsung,boleh memudahkan kerja memasah dan menjaga zat-zat bahan tersebut. Kreatif tak? Boleh jimat masa dan tenaga kan dikemudian hari.

Ruang tamu pon sama. Susun barang-barang mengikut jenis dan kategorinya. Tidak berselarakan dan bersepah-sepah. Kelebihan menyusun ni adalah memudahkan untuk kita mencari sesuatu barang. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan mengoptimumkan ruang.

Paling mencabar dalam bab susun barang ni lak ialah susun baju..hah, hamek ko..Dasar pemalas lipat baju..tettttt.. Hahahahaha.. Secara jujurnya, aku memang mengaku, benda ni la paling mencabar bagi aku. Selalunya aku memang biarkan baju tu bertimbun selama seminggu, baru aku lipat. Time hujung munggu la, nak tak nak terpaksa gak aku buat. Kalo aku rajin lipat pon baju anak aku.. Yela, baju kecik-kecik, senang la kan nak lipat. Tapi, keistimewaan di sebalik pemalasnya aku lipat baju, bab melipat memang rapi. Suami aku cakap la. Memang kalah orang lain. Sebab, aku bab lipat baju dan susun baju memang teliti, kalo bole site tepi tu mesti tajam dan saiz lipatan mesti seragam. Bukan cecah merbah macam orang lain.

Lepas dah penat susun, barulah aku SAPU dan vacuum semua habuk-habuk yang ada kat rumah. Mop lantai, lap cermin, basuh kipas memang diaplikasikan dalam rutin bulanan kami suami isteri. So, susah sikitla korang nak jumpa kipas rumah aku hitam..hahahahaha..

Bab SERAGAM in progress nak settlekan semua. Bercadang untuk labelkan setiap bahan. InsyaAllah, coming soon. SENTIASA AMAL akan berusaha mengekalkan kebersihan dan membuang bahan- bahan yang tak diperlukan dari menjadi aksesori di dalam rumah.. Hahahahahaha..

So, korang, amacam?? Korang mesti lagi hebat dari aku kan. Mesti lagi kreatif dan inovatif kan?

p/s: gambar aku tak ambil lak masa kerja-kerja 5s ni dijalankan..InsyaAllah...lepas ni akan aku update blog ni dengan gambar-gambar aku sendiri.


Thursday, July 17, 2014

Segmen : Kad Raya By Mouth and Foot

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , dengan lafaz Bismillah , wani memulakan segmen ini . Ini merupakan segmen pertama dari blog wani .


 . InshaaAllah , tamat pada 18hb Julai 2014 ( 20 Ramadhan 1435 )
 . Seramai 16 orang akan menerima kad ini .
 . Pemenang di pilih secara random.org .
 . Semoga segmen ini berhasil dan May Allah Bless You (:

|| Nota Pintu ||
Nak tahu kenapa nama segmen wani By Mouth & Foot ? Sebab kad raya yang bakal wani bagi ini , dari Orang Kurang Upaya yang melukis kad raya ini dengan menggunkan mulut dan kaki . Memang family wani tiap-tiap tahun akan terima kad raya dan perlu bayar kepada persatuan mereka .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

10 Malam Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah..harini da genap 19 hari kita telah menjalani ibadah puasa. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan memberikan 1001 kebaikan kepada kita. Terutama sekali untuk menjadi lebih baik dan istiqamah dalam menjalankan ibadah sehingga ke bulan-bulan seterusnya.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya.

Berbeza dengan kita di zaman ini, lagi dekat nak raya, saf terakwih di masjid atau surau makin berkurangan. Tak semeriah masa awal Ramadhan dulu.Masing-masing sibuk dengan persiapan raya. Ada yang buat kuih raya, ada yang jahit pakaian raya dan yang paling dahsyat lagi berjemaah di pusat membeli belah beli kelengkapan raya. huhuhuhu.. Kita manusia yang sering lupa kepada janji Allah bahawa 10 malam terakhir akan digandakan segala amalan dan pahala.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"


Dan dalam 10 hari ini terdapat malam yang sangat istimewa iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam ni sengaja Allah rahsiakan agar kita sebagai hambanya berusaha untuk mencari.
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).
Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).
Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?
So, apa yang kita patut buat di malam2 terakhir ini??


  1. Rasulallah banyak beriktikaf di masjid menjelang 10 malam terakhir.
  2. Perbanyakkan solat sunat taubat,tahajud, dan hajat pada malam hari mohon keampunan Allah.
  3. Banyakkan berzikir
p/s : Ia adalah sangat bermakna jika kita mengejutkan ahli keluarga kita untuk bersama-sama menghidupkan malam terakhir ini. Semoga kita bersama-sama dapat menemui malam 1000 bulan ini.

Monday, June 23, 2014

Anak Itu Adalah Rezeki




Assalamualaikum semua.



Aku percaya kalian semua mesti terkesan dengan kisah remaja OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh seorang ibu tanpa perasaan bersalah dan kasihan kepada anak sendiri. Dalam kepala otak aku, asyik memikirkan dimanakah hilangnya perasaan dan kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan seorang anak itu selama 9 bulan dan melahirkannya dengan kesakitan yang tidak tertanggung. Sayu hatiku kerana aku seorang ibu. Aku faham sangat bagaimana perasaan dan naluri seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya memang tidak boleh dinafikan. Sehinggakan kalau boleh, seekor nyamuk pon tidak akan dibenarkan menyentuh tubuh anak kita. Mengapa tergamak seorang ibu ini meninggalkan anaknya yang kelainan upaya dengan alasan mencari rezeki atas kesempitan hidup? Apakah alasan di sebalik kenyataannya untuk jadikan anak ini harus belajar berdikari?

Tidak tahukan si ibu ini, anak itu merupakan rezeki? 
Tidak tahukah dia anak yang lahir ke bumi memang telah dijanjikan Allah olehnya rezeki?
Tidak tahukah dia setiap kesabaran yang ditanggung demi membesarkan anak kelainan upaya ini akan diberikan ganjaran oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran?
Tidak kah dia tahu, berapa ramai insan di luar sana tidak dikurniakan rezeki anak?

Cuba kita renungi kisah di bawah ini..Sumber dari pembacaanku di blog http://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah-janji-allah-bahawa-setiap-manusia-telah-ada-rezeki-untuknya/
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin  jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.
Astaghfirullahal'azim..
Secara jujurnya aku memang sangat emosi dan cukup terkilan..Perkara ini tidak seharusnya terjadi kepada manusia yang berakal, yang punya agama dan cukup sifatnya.. Kisah ini cukup meruntun hati saya..
Ya Allah, hamba sangat bersyukur dengan rezeki yang Engkau berikan. Berikanlah kekuatan kepada hamba untuk menjadi ibu mithali kepada anak-anak hamba. Janganlah Engkau tarik nikmat berharga ini kerana kelalaian hamba. Bantu hamba ya Allah..Bantu hamba. Sesungguhnya tiada daya upaya hamba melainkan dengan pertolongan- Mu. Jangan lepaskan pandanganMu dan taliMu dari hambaMu ini, Ya Allah..


















Tuesday, June 17, 2014

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama

Assalamualaikum w.b.t

Tahu pepatah apa kat atas tu? Femes kan? Pernah ke jadi kat korang? Huhuhuhuhu..

Sedihkan bila kita dah susah payah berusaha atau buat sesuatu perkara, tetapi orang lain pulak dapat nama. Maaf ye, ini bukan kes riak atau nak mengungkit.. Bukan jugak sebab kes tak ikhlas.. Tapi bayangkan, jika kita bersengkang mata membuat sesuatu perkara, korbankan masa segala-galanya untuk menyiapkan sesuatu perkara, tup tup ada orang kata kerja tu dia yang buat sehingga ke pihak atasan pon puji dia dan kata kita tak buat keje, ko tak hangin ke?

Tapi aku percaya, setiap perkara yang terjadi, semua tu adalah ujian Allah untuk uji aku. Disini SABAR memainkan peranan yang penting.. Dan apa yang pasti, Allah akan berikan ganjaran atas kesabaran kita.
Maka, BERSABARLAH HIDAYAH!