Sunday, December 29, 2013

Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta.


Assalamualaikum…

Hi uolzzzzzz… =)

Hari ni aku nak cerita sikit pasal koje.. hihihihihi..sebab sekarang ni aku tengah dok wat research pasal topik kat atas. Aku ada 5 tahun pengalaman kerja di swasta dan baru 6 bulan masok kerajaan. Memang banyak perbezaan dalam 2 sektor ni, based on aku punya experience la kan..

1) Tenure of office

Yang ni memang sangat berbeza. Sebab kerja kerajaan lg secure compare ngan private. Sebab public service personnel cannot be terminated from their service easily. If an officer was found to be involved in any deviant behaviour, they will be given ample spaces to defend his/herself through various mechanisms such as dicplinary board. Kalau didapati bersalah, mereka mungkin akan diberikan sedikit hukuman la, macam dipindahkan ke jabatan lain kan, diorang takkan sewenang-wenangnya dibuang. Kalau private sector lak, jarang yang ada bagi couching dulu atau minta kita bagi surat tunjuk sebab..tuptuptup je dapat surat yang suruh kita takyah datang lagi. tak kira la kalo kesalahan tu kadang2 bkn disebabkan ko punya salah…huhuhuhuhu..


2) Pension Scheme / Skim Pencen

Yang ni mmg paling best la kalo keje kat gomen. At least, kalau kita da tua, kena bersara wajib atau ada kecacatan upaya, kita takyah la nak riso fikir macamana nak sara hidup, sbb kita ada duit pencen. Kalau kita ditakdirkan menghadap Ilahi, pasangan dan anak-anak pon bole berteduh dengan duit hasil pencen. xdela diorg merempat kan. Yang paling sadis, bila kita da tua nanti,anak2 lak xpedulikan kita atau terlupa nak bg duit kat mak ayah, ada duit pencen ni walau sikit ttp bole bermakna kan?? Tapi kalo swasta mmg xde. yang ade duit caruman KWSP. duit ni dapat mmg selepuk depan mata ko bila ko da bersara nanti. tapi kalo ko xpandai manage duit ko utk ari tua ko, dapat pasangan atau anak2 yang keje nak kikis je duit ko, mmg payah la ko nak survive.


Itu dari segi kita as employee la..dari segi organisasi lain plak. Macam kat bawah ni.

1) Ultimate goal

Yang ni kalo keje swasta, mmg kne produktif, mmg kene ikot rule/law/regulation yang telah ditetapkan. sebab apa,sebab every minute is money..sbb diorang ni kira untung je..kadang2 service x bagus pon..so sesapa yang ada planning nak buka bisnes sendiri, korang kena la seimbangkan antara perkhidmatan dan untung..biarla seimbang..tak baik aniaya orang, sbb nanti korang gak yang kena,sbb bisnes duit tak berkat, rezeki pon sikit.. Tapi kalo kerja kerajaan ni lak lain, sbb kita kena satisfied citizen. Sebab kita kena dahulukan public interest. Ko ke aku ke, semua orang akan berdepan dengan mereka2 yang bekerja di public sector. dan aku percaya, korang pon slalu merungut dengan prosedur2 krajaan yang agak rumit ni kan.Tapi tahu ke korang, nak jaga ati semua orang bkn mudah walaupon kadang2 kita terpaksa tadahkan muka dan telinga dengan makian rakyat jelata yang asyik kata service kerajaan tak bagus. Ntahla..susah nak cakap..

2)Establishment/Penubuhan

Penubuhan syarikat swasta ngan kerajaan ni memang berbeza.. Sebab kalo swasta, ko kena register dulu bisnes ko kan dekat SSM, baru la ko bole operate ko punye bisnes freely in the free market as long as ko tak break any rules yang kerajaan da tetapkan.Tapi kalau kerajaan lak, ko tak bleh sewanang-wenang nak tubuh oganisasi ko sendiri.Sebab ko kena ikot akta yang telah ditetapkan oleh parlimen, badan perundangan negeri atau dari kelompok eksekutif mcm PM atau menteri2. Since these organization operate based on the mandate given by the citizen (through elections)

3) Decision making.

Private sector lagi cepat wat keputusan sbb the chain of command is shorter and more focused. Number of people involved in decision making also smaller. Tapi kalo public administration lak, take a longer time frame sbb kena discussed and passed at different level of gomen. From district level to state to ministries then minister can forward to federal.. hah, hamek ko, tu lebih kurang la proses dia.


Hah tu serba sikit ringkasan gomen vs private. dari kaca mata hati nurani aku..yang len korang bole google kt blog len..hihihihi…Kesimpulannya,keseronokan berkerja ada di mana-mana. Walaupun anda bekerja di sektor awam mahupun swasta kerana ianya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting di mana juga kita berkerja, buatlah yang terbaik. Tepuk dada tanya selera.



Monday, December 23, 2013

3rd Trimester Update

Hallloooooo!!!

Wow!! I'm already in the 3rd trimester of  pregnancy. I'm in my 30th weeks already!!

So far, everything is progressing well. Not much pregnancy complications except for low Hb count. huhuhuhuhu.. Nurse said decrease from 11.7 to 10.2. =(

Apalagi kan, mula la sibuk nak cari solution macamana nak naikkan Hb ni. So solution pertama yang nurse suggest kt aku, benti minum kafein. OWH NO!!!!! perkara paling susah kot. sebab aku ni hantu kopi / nescafe.

Tapi disebabkan my husband sgt la protective, segala mcm benda kafein telah diharamkan kapada aku termasukla di rumah, di pejabat, di kedai mkn, n so on..Adeeeeh.. mmg payah la kan..

Tapi takpe, demi bakal anak ibu, ibu sanggup buang semuanya supaya anak ibu sihat dan cergas lagi cerdas..Cewahhh..

Dekat sini, aku nak sharekan kesan low Hb buat bakal ibu macam aku. Semoga dapat mengambil iktibar atau inisiatif bagi mengatasinya.


1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalian akan naik dgn cepat....


Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

note: baby semakin active menendang dalam perut ibu da ni.


AL-Kisahnya : Pemulaan Sebuah Blog

So this would be my beginning of the blogging world. Excited sangat ni sampaikan tak menyempat nak makan. ni lauk kat atas meja dah memanggil-manggil, perut dari rentak SOUL dah semakin beralih ke POP. Sabar la wahai sang perut, tuanmu terlampau teruja untuk menaip blognya yang pertama.

hmm..apa aku nak tulis for my first entry?hmm..aaa...ehhh...ermmm... ok la..i have no idea buat mase ni. makan dulu kot baru idea tu datang. bak kata Dr.Fadzilah Kamsah, "otak tidak akan dapat diisi dengan perut yang kosong". Oleh itu, saya mestilah mengikut kata penceramah yang terkenal lagi lucu itu.ceh,padahal dah memang lapor nk mencekik,nk ikot ckp penceramah konon. kahkahkah..

lepas makan confirm ngantok..keje lak banyak ni kat opis.. Adeeeeeeeehhhhhh...