Wednesday, November 18, 2015

Anak selang setahun:Gembira atau Duka?

Assalamualaikum..


Alhamdulillah genap semalam anak kedua saya dah berumur 3 bulan. Sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaan yg sangat istimewa ini. Seperti mana yang kalian tahu, saya memang bersalin setahun 1. EXPERT?? hahahaha.. banyak la expert..tu semua rezeki Allah. Kita cuba sedaya upaya menghalang pon, kalau Allah kata "kun faya kun" maka terjadilah ia. Hiiiii

1. Sepanjang Mengandung
Penat nak dengar mulut orang kata, "Amboiiiii, tak menyabo !! " " Haish, tak kesian ke kat anak, tak sampai 2 tahun dah dapat adik? " " Sian Along, belum puas bermanja" Aduhaiiiiii.. penat sangat nak dengar mulut orang berkata-kata. Pengalaman saya sepanjang mengandung anak yang kedua, ramai yang takut-takutkan instead of beri semangat dan dengar orang cakap bersyukur atau Alhamdulillah..

At first, jujur saya katakan memang sangat down. Kesian anak di dalam perut, sebab bakal kewujudannya tidak dirai seperti anak yang sulung. Huhuhuhu.. selepas bermuhasabah, mendapat dorongan daripada insan2 terbaik seperti mak ayah kandung dan hasil pembacaan di blog-blog, kekuatan dapat dirai semula dan saya mula menghargai setiap saat sepanjang mengandungkan anak kedua saya.

2. Selepas Kelahiran
Selepas kelahiran, memang pada mulanya rasa agak tertekan sepanjang dalam pantang. Anak yang sulung menangis minta di dukung sampai ke sudah tak boleh. Almaklumlah, dalam pantang kan tak boleh angkat berat.Nak tido sebantal apatah lagi, macam-macam sebab dan alasan yang diberikan sebab nanti anak lasak takut tertendang ibu dan adik.Itu belum lagi kira bab mandi dan makan dia. Last-last anak yang sulung mencari orang lain untuk tempat dia bermanja dan disayangi. Sangat sedih sebab anak yang disayangi lebih rapat dengan orang lain disebabkan terlampau banyak halangan dan kekangan dari kita.

3. Bermula Kerja
Selepas habis tempoh berpantang, bermula rutin ibu bekerjaya. Memang agak kelam kabut pada mulanya. Mana nak uruskan si Along, mana nak uruskan si Adik. Hanya Allah saja yang tahu. Sebab itu pengurusan masa dan sokongan suami sangat penting. Kalau tak, memang boleh jadi gila... hahahaha..sebab terkejar-kejar. Sehingga saat ini, saya masih sedang berusaha dan belajar untuk menguruskan masa saya dengan sebaiknya.

4. Study

Study ePJJ di UiTM?? Terpaksa direhatkan satu sem untuk beri peluang pada diri sendiri dan anak-anak. Hahahahaha.. Tapi bila da lama sangat cuti ni, mula la rasa macam nak berhenti je terus. huhuhuhu...Opsss!!! Semoga Allah sentiasa memberi saya ketabahan dan kesabaran dalam menjadi seorang isteri ibu anak pekerja dan pelajar.. Aminnn.

5.Pengurusan kewangan
Of course, penggunaan duit 2 kali ganda sebab dah 2 anak kan. Pampers sekali beli 4 pack, bayaran pengasuh pon bertambah untuk 2 anak, itu belum lg rencam lain macam baju, peralatan grooming dan sebagainya. Saya memang peruntukkan untuk anak sahaja RM 1000 sebulan. Allah, kos hidup zaman sekarang ni memang tak berdaya, kena earn lebih banyak lagi untuk survive selain daripada saving and spending benda yang perlu saja. Honestly, no more shopping. Huhuhuhu.. Pikir berpuluh kali sekarang ni kalau nak beli pape.

Walaubagaimanapun, saya sangat-sangat bersyukur dengan hikmah yang Allah berikan. Allah tahu saya kuat, sebab tu dikurniakan anak yang rapat. Balik kerja, bila tatap muka anak, dan anak tersenyum pada kita, hilang segala stress dan tekanan yang ada. Semoga anak-anak saya menjadi anak yang soleh yang boleh memimpin tangan saya menuju syurga Firdausi.

ps: InsyaAllah nanti saya akan kongsikan bagaimana rutin harian sebagai ibu anak rapat uruskan masa..eceeehhhh...hihihihi