Friday, April 24, 2015

Ringkasan Muafik dan Masbuk

Assalamualaikum,

Sejak kerja di bahagian masjid ni, Alhamdulillah Allah beri saya keizinan untuk solat berjemaah. Tapi, kadang-kadang saya terlewat sedikit untuk memulakan rakaat pertama bersama imam yang menjadikan saya antara Ma'mum Muafik ataupun Ma'mum Masbuk. Jadi saya tempelkan disini secara ringkas mengenai apa itu Ma'mum Muafik ataupun Ma'mum Masbuk, bukan untuk diri saya sahaja malahan untuk para pembaca.

Mungkin ada yang sukar memahami dengan penulisan di sesetengah blog. Tapi di sini saya kan kepilkan blog irhafiz kerana melalui dia saya memahami  mengenai konsep muafik dan masbuk dalam suatu solat berjamaah.

Secara ringkas, insya Allah, saya akan terangkan di ruangan kali ini. Bagaimana mendapat rakaat bersama-sama imam.

 Makmum sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama-sama imam Ingat, ia sempat rukuk dengan thamaninah (sekadar masa lafas subhanallah – lebih kurang 2 saat). 

Contoh dan situasi: Saya datang surau, sampai sahaja, imam sedang rukuk. Maka saya perlu takbiratulihram, diam seketika (untuk dapat thamaninah – lebih kurang 2 saat). Kemudian saya rukuk. Sekiranya saya rukuk, imam terus bangkit iktidal, maka saya tak dapat rakaat tersebut – perlu ganti selepas selesai imam beri salam. Sekiranya saya rukuk, imam masih rukuk, maka saya dapat rakaat tersebut.

Apa itu makmum muafik?
Makmum yang sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah (maknanya kalau dia baca fatihah, memang sempat berdiri bersama-sama imam) Makmum perlu baca fatihah.

Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam sebanyak 3 rukun panjang (rukun panjang ni – rukuk, sujud, (iktidal dan duduk antara 2 sujud tak dikira sebagai rukun panjang))

Contohnya Saya tiba disurau, saya takbiratulihram, kemudian dengar imam baca fatihah daripada awal hingga akhir. (solat isya) Apabila imam selesai baca fatihah, saya pun mula baca fatihah, dan imam pun baca surah yang pendek, belum sempat saya habis fatihah, imam dah rukuk, kemudian iktidal. Saya kena habiskan fatihah sebab saya dah tergolong dalam ma’mum muafik. Jadi saya perlu habiskan fatihah, kemudian rukuk dan iktidal.

Apa itu makmum masbuk Makmum?

Makmum yang tak sempat berdiri bersama-sama imam sekadar masa bacaan fatihah. Fatihah makmum ditanggung oleh imam, jika imam rukuk, makmum boleh terus rukuk tanpa menghabiskan bacaan fatihah.

Makmum dibenarkan/dimaafkan tertinggal daripada imam 3 rukun biasa. (semua termasuk, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dll)

Contohnya: Saya tiba di surau, imam sudah pun baca surah selepas fatihah. saya takbiratulihram, dan terus saya baca fatihah, belum sempat saya habis fatihah, imam pun rukuk. Jadi saya tak perlu habiskan fatihah, dan terus rukuk – kerana imam dah menanggung fatihah saya.

Wallahu'alam.