Thursday, May 21, 2015

Hutang: Kenapa heret orang lain sebab hutang anda???

Assalamualaikum W.B.T,

Sihat ke semua..

Saya terpanggil untuk kupas tajuk ini sebab ia betul-betul terjadi terhadap orang yang paling dekat dengan saya. Keluh kesah, kesedihan kekecewaan dia berkenaan dengan hutang dari "MANUSIA YG TAK RETI BAHASA" menjadi makanan tambahan bagi saya setiap hari. Betapa malangnya, hutang tersebut di buat oleh ahli keluarganya sendiri.

Kenapakah?? Mengapakah?? Tidak ada perasaan malu kah dihati orang yang berhutang itu untuk bertanggungjawab atas hutang mereka? Kenapa mesti diseret orang lain untuk bertanggungjawab terhadap hutang anda?

Hutang jangan dibuat main. Dalam Al-Quran dan Hadis beserta riwayat ada mengatakan betapa BERATNYA HUTANG dan apa akan jadi jika kita tidak melunaskannya. Tidak takutkah mereka atas ayat dan teguran itu??

Jangan hanya kerana lifestyle anda yang ingin sentiasa bergaya padahal  papa kedana itu menjerumuskan orang yang tidak berdosa terpaksa memikul hutang anda. Tahu tak berdosa sekiranya orang yang menanggung hutang anda itu menjadi fakir miskin disebabkan anda. Tapi anda, tanpa segan silu buat muka selamba jumpa senyum-senyum seolah-olah tiada apa kesalahan yang telah anda lakukan.

Insaflah!! Hidup ini adalah PILIHAN. Siapa yang menentukan nasib kita, kalau bukan diri sendiri. Kita yang berhak ke atas diri kita. Disebabkan kesombongan, kebongkakkan anda yang tidak pernah menundukkan pandangan ke bawah sebaliknya mendada mendongak kepala ke langit, telah benar-benar menyusahkan orang.

Tiada lagi tanda hormat di hati saya untuk anda yang menyusahkan teman saya mahupun orang lain disekeliling anda sehingga mereka sanggup mengikat perut bukan sahaja diri sendiri, malah melibatkan isteri dan anak-anak mereka demi hutang anda yang berjela tersebut. Dan anda jangan sekali-kali lupa, disebabkan anda juga, teman saya ini berhutang ratusan ribu ringgit untuk kemegahan anda dan lifestyle anda yang tak maksud akal.

Kepada pembaca sekalian, muhasabah diri anda. Kadang-kadang kita sentiasa ingat untuk bayar hutang dengan bank atau dengan orang, tapi kita lupa hutang dengan ahli keluarga juga dikira hutang. Ibu ayah di kampung, sudah kah anda membayar hutang anda kepada mereka? Ibu ayah memang takkan minta, tapi kita sebagai anak, di mana tanggungjawab kita? Kepada ibu bapa yang ada pilih kasih terhadap anak mereka, tolonglah..berlaku adil. Jangan kerana pentingkan anak yang sorang tu, perasaan anak lain terabai dan menanggung kesusahan anda.