Monday, June 23, 2014

Anak Itu Adalah Rezeki




Assalamualaikum semua.



Aku percaya kalian semua mesti terkesan dengan kisah remaja OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh seorang ibu tanpa perasaan bersalah dan kasihan kepada anak sendiri. Dalam kepala otak aku, asyik memikirkan dimanakah hilangnya perasaan dan kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan seorang anak itu selama 9 bulan dan melahirkannya dengan kesakitan yang tidak tertanggung. Sayu hatiku kerana aku seorang ibu. Aku faham sangat bagaimana perasaan dan naluri seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya memang tidak boleh dinafikan. Sehinggakan kalau boleh, seekor nyamuk pon tidak akan dibenarkan menyentuh tubuh anak kita. Mengapa tergamak seorang ibu ini meninggalkan anaknya yang kelainan upaya dengan alasan mencari rezeki atas kesempitan hidup? Apakah alasan di sebalik kenyataannya untuk jadikan anak ini harus belajar berdikari?

Tidak tahukan si ibu ini, anak itu merupakan rezeki? 
Tidak tahukah dia anak yang lahir ke bumi memang telah dijanjikan Allah olehnya rezeki?
Tidak tahukah dia setiap kesabaran yang ditanggung demi membesarkan anak kelainan upaya ini akan diberikan ganjaran oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran?
Tidak kah dia tahu, berapa ramai insan di luar sana tidak dikurniakan rezeki anak?

Cuba kita renungi kisah di bawah ini..Sumber dari pembacaanku di blog http://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah-janji-allah-bahawa-setiap-manusia-telah-ada-rezeki-untuknya/
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin  jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.
Astaghfirullahal'azim..
Secara jujurnya aku memang sangat emosi dan cukup terkilan..Perkara ini tidak seharusnya terjadi kepada manusia yang berakal, yang punya agama dan cukup sifatnya.. Kisah ini cukup meruntun hati saya..
Ya Allah, hamba sangat bersyukur dengan rezeki yang Engkau berikan. Berikanlah kekuatan kepada hamba untuk menjadi ibu mithali kepada anak-anak hamba. Janganlah Engkau tarik nikmat berharga ini kerana kelalaian hamba. Bantu hamba ya Allah..Bantu hamba. Sesungguhnya tiada daya upaya hamba melainkan dengan pertolongan- Mu. Jangan lepaskan pandanganMu dan taliMu dari hambaMu ini, Ya Allah..


















Tuesday, June 17, 2014

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama

Assalamualaikum w.b.t

Tahu pepatah apa kat atas tu? Femes kan? Pernah ke jadi kat korang? Huhuhuhuhu..

Sedihkan bila kita dah susah payah berusaha atau buat sesuatu perkara, tetapi orang lain pulak dapat nama. Maaf ye, ini bukan kes riak atau nak mengungkit.. Bukan jugak sebab kes tak ikhlas.. Tapi bayangkan, jika kita bersengkang mata membuat sesuatu perkara, korbankan masa segala-galanya untuk menyiapkan sesuatu perkara, tup tup ada orang kata kerja tu dia yang buat sehingga ke pihak atasan pon puji dia dan kata kita tak buat keje, ko tak hangin ke?

Tapi aku percaya, setiap perkara yang terjadi, semua tu adalah ujian Allah untuk uji aku. Disini SABAR memainkan peranan yang penting.. Dan apa yang pasti, Allah akan berikan ganjaran atas kesabaran kita.
Maka, BERSABARLAH HIDAYAH!




Monday, June 16, 2014

Bulan Exam Sudah Kembali!!

Assalamualaikum semua..

Wahhh..minggu exam sudah kembali. First exam date will start on 26 June 2014. Kalau sem lepas, aku tengah sarat mengandung masa final exam, this sem pulak, aku ada baby kecil. Agak mencabar berbanding sem lepas..Sebab waktu nak study agak limited.. Tapi, aku kena kuat semangat. Sebab..... ini lah masanya aku kena cabar diri aku untuk gunakan time wisely.. huhuhuhuhu...

Tak mudah rupanya buat PJJ study..Tambahan pulak title isteri + ibu + anak +student +pekerja...perghhhhhhh...memang mencabar,,tapi takpe, alah bisa tegal biase..InsyaAllah..akan cuba sedaya upaya untuk turus tabah dan bersabar..

Ya Allah, berikan kekuatan kepada hambamu ini.. Permudahkan segala urusan perjalanan hidup hamba.. Aminn..




p/s: Jangan stress,nnt production susu tak banyak..huhuhu

Thursday, June 12, 2014

Tekanan Overload.



Assalamualaikum..

Hi semua, selamat pagi.. Perghhhh..tajuk dekat atas tu dah cukup menggambarkan tahap tekanan aku semakin meningkat.

Mana nak settle keje rumah,keje opis,keje sekolah....arghhhhh..memang buat aku serabut. Final exam just around the corner..da dekat lak tu 26 June 2014..Kenapa time exam nak dekat la banyak test + assignment +keje opis +anak tak sehat = aku tertekan..

Ternyata..menjadi ibu,isteri,wanita bekerjaya,pelajar dan anak adalah sesuatu yang sangat mencabar..

Ya Allah, ini bukan merungut...Hamba memohon Engkau berikan hamba kekuatan Ya Allah untuk meneruskan kehidupan ini..

Kepada kawan-kawan..mohon doakan aku..

Wednesday, June 4, 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !