Thursday, February 13, 2014

Keseronokan Bekerja


Assalamualaikum...

Fuyoo..tajuk atas tu memang tak menahan. Seronok ke pergi kerja?? Hahahahahaha.. Kalau tanya aku, ermm.. aku akan jawab aku seronok. Apa, ingat aku tipu ke?? Tapi bukan senang tau nak membina keseronokan ni, ada beberapa step yang korang kena follow kalau korang nak happy.Tips diperolehi daripada pakar motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

1) Start dari malam.
Apa, ingat tak perlu ke persediaan pada waktu malam? Ini penting,ko hingat nk kawen, nk exam or nk interview je kene ready dari malam, keje pon ko kena ada persediaan. Apa yang korang kena buat, korang kenalah berdoa mintak dekat Allah sebelum tido supaya esok hari hidop ko lebih baik dari semalam. Lepastu haruslah memaafkan orang-orang sekeliling kita dan juga rakan sekerja. Manalah taw kan, org pompuan ni,jiwa sensitif,cepat tersinggung..harusla kena memaafkan kan...

2) Start dari awal pagi.
Lepas je ko celik mata ko, ko kena la baca doa bangun pagi tanda kesyukuran kita kepada Allah sebab masih lagi bernafas.. Lepastu sila la niat, harini ko nak buat kerja elok2, seronok dan ceriakan semua orang disekeliling.Tak kisah la,even cleaner pon kena ceriakan. Sila jadi peramah tegur mereka. Ko jangan hingat, ko pegawai,CEO, ko tak perlu tegur mereka.. InsyaAllah, bila ko bangun dengan aura yang ceria, solat subuh yang tawaduk, ko akan dapat hari yang penuh makna dan menggembirakan.

3)Pemilihan Warna Baju.
Penting ke? Of coz penting. Warna memainkan peranan untuk mood ko. Ambillah kaler yang ceria macam biru ke, pink atau purple. Aku ni kalo korang semua nk taw, citarasa memang sgt "ketuaan".hihihihi.. Sebab aku suka kaler yang gelap cam kelabu, coklat,maroon,dark blue atau hitam. Dulu,kalo bukak je almari aku,memang tu je kaler yang banyak pon,so boringgg..Almari mak mertua aku pon meriah giler dengan warna colourful..tu yang da umur 60 tahun tu.Dia sendiri cakap ngan aku,dia tak suka kaler org tua.ahahahaha.. Tapi kan, jujur aku cakap, lepas aku kawen,aku cuba la ubah kesukaan aku,beli baju kaler hijau, biru,pink ..memang lain auranya. Bukan je aku yang rase, kawan-kawan sekeliling aku pon kata aku nampak lain dan bersemangat lain dari lain. hahahahaha...

4)Bersyukur.
Bersyukur la yang ko ada keje. So, buatlah kerja dengan betol-betol. Ko tengok kat luar tu, ramai manusia yang tanam anggur takde pekerjaan. Jadi, sila bersyukur ye kawan-kawan. Bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita akan sangat menghargainya.

5)Organize
Sila organize keje korang betul-betul. Buat mana yang penting dahulu, dan jangan tangguh kerja korang. Siapkan sebelum dateline. InsyaAllah, ko dan boss ko akan happy, mood ceria dan tak stress. Susun barang-barang kat workstation cantik-cantik. Letak la kata-kata semangat kat workstation atau gambar family, InsyaAllah itu akan encourage ko utk bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki yang halal.

6)After Office Hour.
Sebelum balik, sila bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama rakan sekerja. Ini juga memberikan aura positif ko bila nak datang keje esok.

Ok la..itu antara tips yang aku cuba aplikasikan dalam rutin harian aku. Mana yang baik jadikan la tauladan.hihihi.. Selamat mencuba. =)

No comments:

Post a Comment