Wednesday, March 4, 2015

DUIT: Bayar Hutang Atau Simpan ?

Assalamualaikum sahabat,

Sudah cukup bersediakah kita dalam menghadapai gelombang GST bulan APRIL nanti. Huhuhuhu.. Aku baru balik dari taklimat GST minggu lepas. Yang aku kira memang tidak akan memberikan kepentingan kepada end user iaitu pengguna macam kita. Untuk orang yang bergaji Jusa dan belasan ribu ringgit mungkin tidak terasa, tetapi untuk orang kampung dan golongan muda yang baru nak hidup ni memang terasa sangat-sangat.

So, untuk langkah lebih bersedia, aku nak mengajak diri aku dan anda semua berfikir sesuatu mengenai halatuju masa depan kita. Duit yang kita dapat hasil makan gaji atau keuntungan bisnes, patut untuk disimpan atau dilangsaikan hutang? Mana satu perlu didahulukan? Yang mana satu patut menjadi keutamaan? Membayar hutang atau membuat simpanan?

Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana walaupun mempunyai akaun simpanan adalah satu cara untuk merancang masa depan, tetapi menjadi bebas hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil. 



Langkah #1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebelum kita semua membuat keputusan sama ada untuk meyimpan duit atau menjelaskan hutang, langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika kita betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan aku dan korang yang paling utama. Setelah itu, barulah korang menyimpan untuk pembelian rumah, pendidikan anak dan juga persaraan. Tidak kira sama ada kita seorang yang baru ingin menyimpan duit atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana kita sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya. So aku cadangkan korang semua baca blog http://www.mohdzulkifli.com/ ni sebab banyak input yang berguna korang boleh dapat. Setakat apa yang aku baca dari blog tu, En Zul cakap dana kecemasan seharusnya boleh cover 3 bulan pendapatan. So, kalo gaji ko RM 1,500 sebulan, dana kecemasan yang korang mesti ada at least RM 4,500.

Dana kecemasan ini penting kerana sekiranya menghadapi masalah seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, korang tidak perlu berhutang. Dengan ini, situasi kewangan korang tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran seperti di atas. Ingatlah bahawa dana kecemasan ini harus digunakan dalam keadaan yang terdesak sahaja dan bukannya untuk percutian, membeli barang kesukaan atau “kehendak-kehendak” yang lain.

Lagi satu yang aku selalu perasan, bukan je jadi kat aku, tapi kebanyakkan orang la kan, bila gaji meningkat, shopping sakan bukan main tak pun tambah lagi hutang. Nauzubillah.. Apa kata kita ubah, bila gaji naik je, kita masukkan 100% duit increament tu kita tambahkan dan simpan dalam dana kecemasan supaya kita sentiasa memiliki simpanan sebanyak enam bulan daripada perbelanjaan bulanan. Akhir sekali, sentiasa tambah semula dana kecemasan jika anda telah menggunakannya. Jangan pulak, da guna tak reti nak cover balik.

Langkah #2: Langsaikan Hutang Anda

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah  iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, kita perlu menggunakan sebahagian atau semua duit yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.

Ok yang ni aku nak ingatkan, masa korang buat dana simpanan, pastikan hutang yang korang bayar bulanan tu teroskan berjalan. Jangan sesekali sangkut kat mana-mana. Bukan ape, kalo sangkut..nanti payah ko nak jaga rekod ko dengan bank. Nak buat loan rumah pon payah nanti. So bila ko da simpan, and rasa-rasa cukup nak langsaikan hutang secara full settlement adalah sangat digalakkan. Ini kerana, korang da x payah nk bayar bunga atau interest lebih-lebih dekat pemiutang.


Satu lagi pilihan selain selesaikan hutang, apakata korang melaburkan duit tersebut. Sekiranya produk pelaburan itu memberikan kadar faedah yang tinggi, korang boleh mengunakan keuntungan yang diperolehi untuk menjelaskan hutang sedia ada. Akan tetapi, ambil perhatian bahawa pelaburan mempunyai risikonya tersendiri dan korang mungkin mengalami kerugian. Ini bergantung kepada tahap risiko sesuatu produk pelaburan pilihan korang. 

Walaupun memilih untuk melabur, matlamat utama anda masih lagi untuk menjelaskan hutang. Maka, hutang mana yang harus dijelaskan dahulu? Biasanya, hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta harus dibayar dahulu. Biarkan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”.

Langkah #3: Fokus pada Masa Depan
Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting, korang bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan. Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan korang (ini juga dikenali sebagai prinsip “bayar diri sendiri dahulu”). Jika majikan membenarkan pemotongan gaji bulanan secara automatik, ambil peluang itu agar korang tidak terlupa untuk memindahkan duit tersebut.
Contoh macam Tabung Haji. Simpan duit siap-siap, nanti da cukup boleh laa pergi haji.

Ape-apepon, sebelum berhutang, fikir semasak-masaknya, apa kebaikan hutang tu untuk masa depan korang. Kalau untuk nampak riak, biar papa asal bergaya, tolong la tinggalkan jauh.. Nanti beban dapat, dosa pun dapat. Huhuhuh.. Aku doakan kita semua berjaya dan bebas dari bebanan hutang tak lama lagi.




Ok bye.

3 comments:

  1. Saya guna konsep 50/30/20 utk gaji yg sy dpt setiap bulan..boleh search kat gugel..

    ReplyDelete
  2. Saya pun terfikir benda yang sama, kalau ade duit lebih, langsaikan hutang atau invest? Hurmmm

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete