Tuesday, January 21, 2014

Cari Duit Tambahan 2014



Assalamualaikum 
Dengan ekonomi yang makin tak menentu sekarang ni, barangan semua naik memang memeningkan kepala. Gaji naik bape banyak sangat la kan kalau nak compare dengan harga barang dan perkhidmatan yang melambung naik. harga elektrik naik, ayam naik, tambang naik, yuran taska naik, petrol naik, hurmmm...cuma satu je turun..KANGKUNG..kahkahkah...gurau je..

Dalam hati asyik terfikir, apa yang patot aku buat untuk earn a lot of money. Lagi-lagilah tak lama lagi nak dapat gelaran baru, "Mommy", lagi la banyak benda yang nak kena fikir kan. Dulu berdua, tak lama lagi bertiga. Bak kate kawan aku, gaji dia aje, 70% untuk kelengkapan anak.. Itu kalo gaji dia sama ngan aku la as Pembantu Tadbir, tapi kalo pegawai ke, aku rasa tak terasa beban kot..huhuhuhu.. Mula la ligat kepala otak aku berpikir siang malam, untuk tingkatkan pendapatan keluarga. Opssss.. ni bukan merungut...tak baik kata aku macamtu.. Aku percaya, ada rahmat di sebalik kesulitan tetapi, kita tak boleh la nak tunggu je kan, kena la ada usaha, baru la hidup boleh berubah..
Apa yang aku terpikir dalam kepala sekarang ni, kena tambahkan ilmu. So apa yang aku buat, aku sambung belajar ambil e-PJJ ijazah. Sebab keje dekat kerajaan ni, dia pandang kelulusan ko, bukan pada bakat terpendam yang ko ada.Paham tak maksud aku? Contoh macam ni la, kalo ko kerja swasta, career growth disebabkan ko punya talent, KPI, capability menyelesaikan sesuatu masalah dan pencapaian ko yang terbaik, ko akan dinaikkan pangkat walaupon ko belajar setakat SPM je atau baru lagi kat company tu. Tapi kerajaan ni, walaupon ko dapat Anugerah Cemerlang sekalipon,tapi ko belajar SPM je..jawatan ko tetap sama..takkan dinaikkan jadi pegawai unless ko ada ijazah. Bukan itu je, ilmu kemahiran juga haruslah belajar untuk tambahkan nilai diri.
Tip kedua buat duit dengan menjadi agen jualan langsung.Ini paling mudah sebab modal tak banyak, produk mudah laku, tak payah kedai, tak perlu bayar gaji pekerja. jika anda rajin, anda akan kaya. Tapi aku, malasss..sebab aku tak cukup yakin untuk approach orang beli barang aku.. So, aku kena berubah kat situ.. Kena belajar untuk tingkatkan keyakinan aku and buang sifat malu.
Ketiga jadikan hobi anda sebagai kerjaya sampingan. Misalnya anda  ubai suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual. Contoh lain buat kraftangan dan jual. Yang ni memang aku tengah buat sekarang, jual doorgift untuk majlis perkahwinan, cukur jambul and so on. Nanti aku bagitahu apa produknya k. erm... bab tanam sayur tu, aku duduk flat je, memang takde tanah, so tak boleh direalisasikan.
Keempat, kalau ada bakat menjahit dan buat kuih, maksimumkan. Mulakan bisnes dengan bertanya kepada kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju dan membeli kuih dan kek anda. Ini boleh dimulakan dari rumah je. Ini target aku lepas bersalin nanti, insyaAllah..mesin jahit pon dah ada, cume confident dengan tak je nak ambil upah.. Dasar penakut..kuangkuangkuang...
Orang kata, kadang-kadang, ianya hanya sekadar cari duit sampingan, tapi lama-lama boleh menjadi utama pula.Kadang-kadang boleh jadi pendapatan mengatasi gaji. Tak mustahil. InsyaAllah..

         Ape-apepon..kena ada usaha. DOA + USAHA + IKTIHAR + TAWAKAL = BERJAYA. Bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang. 

4 comments:

  1. :)
    thanks for the post. Sangat bermakna.
    Qila pun tak sabar nak masuk uni heheeehehe nk belajar leklok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar pandai2 ye dik..hihihi..dunia zaman skang ni mmg sangat mencabar.manfaatkan masa muda anda dengan sebaiknya. good luck..=)

      Delete
  2. thanks yus,sudi singgah blog i..tu la kan yus, dlm hidup kne ada backup plan ni..hihihihi..baru terjamin hidup

    ReplyDelete
  3. Salam sis. minat buat affiliate tak?. saya tengah cari blogger terkenal utk program affilite. jemput ke blog saya ya.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete