Thursday, May 22, 2014

Bersihkan Harta Dengan Zakat


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita sesuatu yang agak out of the box..hihihihi.. Tentang Zakat. Korang tahu ke apa itu zakat?? Zakat itu adalah RUKUN ISLAM KE -4. Bila dah termasuk dalam Rukun Islam, maka ia adalah sesuatu yang wajib ditunaikan oleh seorang yang beragama Islam. Tidak kiralah ko Islam dari lahir, atau ko muallaf, ko tetap kena tahu apa itu Zakat sebenarnya. Meh, aku nak share apa itu zakat dan kategorinya.

Dari Segi Bahasa


Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”

Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


Dari Segi Syarak


Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Harta Yang Wajib Dizakatkan

Ada 2 jenis zakat iaitu:
  • Zakat Fitrah

    Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
    syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Zakat Harta

    Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
    • Zakat Pendapatan
    • Zakat Perniagaan
    • Zakat Binatang Ternakan
    • Zakat Pertanian
    • Zakat Wang Simpanan
    • Zakat Emas dan Perak
    • Zakat Saham
    • Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *


Aku yakin paling tak, mesti ada satu zakat harta yang ada dekat korang kan. Terutama yang bekerja iaitu zakat pendapatan. So, ko hingat duit gaji yang ko dapat beribu-riban tu boleh enjoy sesuka hati tanpa ko zakatkan?? So fikir betul-betul.

Apa yang aku nak ingatkan kat korang semua, setiap duit rezeki yang ko dapat hasil dari kerja ko, memang ada hak orang lain didalamnya.

Kadang-kadang kita tak sedar,kita banyak melakukan kesilapan terutama sekali dalam pekerjaan kita. Adakalanya mungkin kita mengular, adakalanya kita terlambat masuk kerja, adakalanya kita terlayan facebook or youtube masa keje. So,  dengan zakat inilah kita dapat menyucikan rezeki kita tu. Bukan apa, kita takot dengan hal yang kita agak remeh masa di tempat keje akan mempengaruhi urusan hidup kita atau anak-anak. Tak banyak pon tuan-tuan & puan-puan, cuma 2.5 % sahaja dari harta anda.

Itu sahaja la tazkirah aku pada hari ini, renung-renungkan & selamat beramal.

No comments:

Post a Comment