Tuesday, May 20, 2014

Pengalaman Mengandung Part 1


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kelahiran anak pertama ni memang sesuatu yang mengujakan. Dari start aku tahu aku mengandung,sampaila aku bersalin anak sulungku ni memang banyak dugaannya.Alhamdulillah, aku redha degan segala ketentuan Allah. Bila aku tengok wajah putera kesayangan ku, hilang segala kepahitan yang aku tanggung selama ni.

6 bulan aku kahwin, tapi tiada tanda yang aku mengandung. Sangat takut dan membimbangkan bila kawan2 aku yang lain, kahwin lewat dari aku tapi sudah hamil bunting pelamin. Mula la fikir macam-macam, salahkan diri sendiri atas ketidaksuburan aku.huhuhuhu.. Ditambah lagi dengan soalan mencabar orang sekeliling,memang pahit untuk ditelan.. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan kepadaku seorang suami yg positif, yang sering mengingat dan menyedarkan aku akan perancangan Allah adalah sebaik-sebaik perancangan. Dia mengingatkan aku bahawa Allah lagi Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Siapa la kita untuk mempersoalkan apa yang telah direncanakan oleh Allah. Alhamdulillah,tiada dukacita dalam hati dan aku redha and pasrah.

Aku sering mengingatkan diriku dan suami, andaikata orang tanya kami pasal isu anak, kami akan sebulat suara mengatakan "InsyaAllah, coming soon" instead of cakap " Belum ada rezeki" walaupon kami tak tahu,bila akan tibanya saat tu. Kenapa??Sebab kami percaya,setiap apa yang keluar dari mulut merupakan doa. Cuba bayangkan kalau kita cakap belum ada rezeki melebihi 44 kali,adakah ia akan jadi doa yang mustajab yang kita takkan ada rezeki nak?? Renung-renungkan,dan selamat beramal.

Selepas seminggu period delay,aku tekadkan hati untuk cek sendiri sama ada aku hamil ataupon tak.Suami aku tak setuju untuk cek sebab takut aku kecewa.  tapi aku nekad nak cek jugak,siap beli pregnancy test kit yang mahal giler tu, Clearblue. And pagi esoknya,before solat subuh, aku test, lepas solat subuh, nak taw apa resultnya?? Alhamdulillah positif. Result 3-4 weeks.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, tak boleh nak gambarkan perasaan itu. Terlalu indah, terlalu mengasyikkan.. Janji Allah itu pasti, jika kita bersabar terhadap ujian Allah, kita pasti dapat ganjarannya..


*****bersambung





No comments:

Post a Comment