Monday, June 23, 2014

Anak Itu Adalah Rezeki




Assalamualaikum semua.



Aku percaya kalian semua mesti terkesan dengan kisah remaja OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh seorang ibu tanpa perasaan bersalah dan kasihan kepada anak sendiri. Dalam kepala otak aku, asyik memikirkan dimanakah hilangnya perasaan dan kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan seorang anak itu selama 9 bulan dan melahirkannya dengan kesakitan yang tidak tertanggung. Sayu hatiku kerana aku seorang ibu. Aku faham sangat bagaimana perasaan dan naluri seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya memang tidak boleh dinafikan. Sehinggakan kalau boleh, seekor nyamuk pon tidak akan dibenarkan menyentuh tubuh anak kita. Mengapa tergamak seorang ibu ini meninggalkan anaknya yang kelainan upaya dengan alasan mencari rezeki atas kesempitan hidup? Apakah alasan di sebalik kenyataannya untuk jadikan anak ini harus belajar berdikari?

Tidak tahukan si ibu ini, anak itu merupakan rezeki? 
Tidak tahukah dia anak yang lahir ke bumi memang telah dijanjikan Allah olehnya rezeki?
Tidak tahukah dia setiap kesabaran yang ditanggung demi membesarkan anak kelainan upaya ini akan diberikan ganjaran oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran?
Tidak kah dia tahu, berapa ramai insan di luar sana tidak dikurniakan rezeki anak?

Cuba kita renungi kisah di bawah ini..Sumber dari pembacaanku di blog http://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah-janji-allah-bahawa-setiap-manusia-telah-ada-rezeki-untuknya/
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin  jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.
Astaghfirullahal'azim..
Secara jujurnya aku memang sangat emosi dan cukup terkilan..Perkara ini tidak seharusnya terjadi kepada manusia yang berakal, yang punya agama dan cukup sifatnya.. Kisah ini cukup meruntun hati saya..
Ya Allah, hamba sangat bersyukur dengan rezeki yang Engkau berikan. Berikanlah kekuatan kepada hamba untuk menjadi ibu mithali kepada anak-anak hamba. Janganlah Engkau tarik nikmat berharga ini kerana kelalaian hamba. Bantu hamba ya Allah..Bantu hamba. Sesungguhnya tiada daya upaya hamba melainkan dengan pertolongan- Mu. Jangan lepaskan pandanganMu dan taliMu dari hambaMu ini, Ya Allah..


















1 comment:

  1. as salam. mmg sedih bila tengok penganiayaan kpd adik firdaus. semoga dia akan lebih terjaga di rumah kebajikan nanti. abe kie follow sini ye? no 10. tq.

    ReplyDelete